Jom Follow

Kenali Jenis Perfume

Posted in
No comments
Monday 16 January 2017 By Cik Mocha

Assalamualaikum dan hai....

Hari ni mari kita belajar kenali jenis minyak wangi atau lebih dikenali sebagai perfume.

Kenali Jenis Perfume,Dexandra,Perfume


1) Eau De Cologne (EDC)
  EDC merupakan wangian yang paling ringan.Kadar ketumpatan patinya hanyalah 3-5% sahaja.    
  Wangiannya hanya boleh bertahan sehingga 2 jam.Biasanya EDC beraroma menyegarkan dan 
   memberikan aroma yang harum selepas mandi.

2) Eau De Toilette (EDT)
   EDT memiliki kadar ketumpatan patinya 5-8% dan merupakan wangian yang bertahan sedikit          lama selepas cologne.Kadar ketahanannya sekitar 3-4 jam.EDT sesuai untuk yang inginkan kesegaran bertahan lama kerana aromanya yang ringan dan tidak terlalu tajam.

3) Eau De Perfume (EDP)
   Wangian EDP mampu bertahan 4-6 jam dan memiliki kadar ketumpatan patinya 8-16%.Pati EDP adalah kurang pekat berbanding dengan perfume.Ianya sangat sesuai untuk digunakan pada waktu malam seperti menghadiri acara formal.

4) Parfum
   Kadar ketumpatan patinya ialah 16-30% dan asli tanpa campuran alkohol.Ianya mampu bertahan sehingga 6-12 jam bergantung dengan jenis kulit.Parfum adalah pati minyak wangi yang paling kuat baunya dan paling mahal.

Kenali Jenis Perfume,Dexandra,Perfume


Kenali Jenis Perfume,Dexandra,Perfume




Related posts

0 comments:


Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.